arabicvideocontest@gmail.com

MARILAH KITA BELAJAR BAHASA ARAB DENGAN GEMBIRA

Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran yang memerlukan teknik serta pemahaman yang tinggi dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa yang terkandung di dalamnya terutama kemahiran dalam tatabahasa arab (Qawaid). Aras kesukaran yang kadangkala mencabar seringkali mendatangkan kebosanan dan rasa putus asa dalam kalangan pelajar untuk meneruskan pembelajaran bagi mata pelajaran ini.

Melalui video ini, kami paparkan antara kegusaran yang melanda seorang guru apabila pelajarnya tidak dapat menguasai topik yang diajarkan dengan baik. Di sebalik kegusaran yang melanda, guru tersebut tidak mengalah dengan mudah malah berazam untuk memberikan teknik serta kaedah PDPC yang menarik, kreatif serta inovatif dalam topik bahasa arab yang diajarkannya. Dengan semangat yang jitu serta keazaman yang tinggi untuk melihat pelajar-pelajarnya berjaya, guru tersebut telah menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar yang dilihat mampu menarik perhatian pelajar untuk lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh sehingga akhirnya mereka mampu menikmati satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan disamping berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan.

Pada akhir video ini juga ada diselitkan antara adab dalam menuntut ilmu agar apa pun kaedah dan teknik yang digunakan dalam PDPC, pelajar-pelajar akan tetap berada di atas landasan menuntut ilmu yang benar dan berkesan berkat seorang insan agung murabbi ummah Rasulullah SAW yang sangat dicintai dan dirindui. Tanpa rahmat dan kasih sayang Baginda, kita tidak akan mampu mempelajari ilmu-ilmu islam yang mulia ini dengan mudah.