arabicvideocontest@gmail.com

LATAR BELAKANG

Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia diberi mandat dalam pengendalian dan penganjuran program-program pemantapan serta pemerkasaan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Justeru, berdasarkan kerjasama baik yang dijalinkan dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,  Penganjuran Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020 bersempena dengan Tahun bahasa Arab KPM 2020 dan Tahun bahasa Arab KPM 2020 merupakan langkah pro aktif yang diambil sebagai inisiatif dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan dan memliki kemahiran berbahasa yang baik.

OBJEKTIF

Menyediakan platform alternatif kepada pelajar untuk mempraktiskan penggunaan bahasa sebagai satu bentuk kemahiran.

Membentuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar di pelbagai peringkat pengajian.

Meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam segenap aspek secara praktikal.

TEMA PERTANDINGAN

INOVATIF, KREATIF & PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK

KATA-KATA HIKMAH & PERUMPAMAAN ARAB

BAHASA ARAB DAN TEKNOLOGI MODEN