arabicvideocontest@gmail.com

Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia

Pusat  Pendidikan  ICESCO  di  Malaysia  merupakan  salah  satu  pusat  pendidikan  yang bernaung  di  bawah  Islamic World Educational Scientific and Cultural Organization  (ICESCO)  berpusat  di Rabat,  Morocco.  Penubuhan  Pusat  Pendidikan  ICESCO  di  Malaysia  telah  mendapat  sokongan penuh  Kerajaan  Malaysia  menerusi  Kementerian  Pengajian  Tinggi  Malaysia  dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Satu MoU disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor telah ditandatangani di ibu pejabat ICESCO, Rabat Morocco  antara ICESCO dan Kerajaan Negeri Selangor pada 18 Februari 2010. Berdasarkan kepada kelulusan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS Bil. 18/2014 pada 5 November 2014, Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 22 Oktober 2015 dan termeterainya perjanjian antara pihak ICESCO dan KUIS melalui MoU yang telah disempurnakan oleh YBhg. Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri dan ICESCO Pusat bersama wakilnya Mr. Adel Bouraoui.

Pembaharuan MOU diantara ICESCO Pusat dengan KUIS telah dimeterai pada 22 Januari 2019. MOU tersebut berkuatkuasa pada 22 Januari 2019 hingga 22 Januari 2022.

DR. ABDUL RAZIF BIN ZAINI

Pengarah (ICESCO-KUIS)

Ketahui lanjut tentang PUSAT PENDIDIKAN ISESCO DI MALAYSIA (ISESCO-KUIS)